PENGEMBARAAN
DARI LUBOK ANTU, SRI AMAN KE KOTA KINABALU, SABAH MELALUI JALAN DARAT (Terlajak
ke Kundasang, Ranau, Sabah)
Cuti Hari
Depavali membuatkan aku, fuad dan masri merancangkan sesuatu. Kerajaan Malaysia
melalui Kementerian Pendidikan memberikan cuti panjang kepada golongan
pendidik. Cuti yang bermula 28hb Oktober 2016 (Jumaat) hingga 1hb November 2016
(Selasa) cukup bagi kami untuk mengembara melalui jalan darat ke utara borneo. Pergi
balik tau!!!
Khamis
petang (27.10.2016)
Bertolak
dari Lubok Antu ke Sri Aman untuk menjemput Fuad. Lebih kurang jam 1500 kami
pun bertolak dari Sri Aman ke Miri (sasaran). Niat kami untuk bermalam di
Bekenu, Miri pada malam itu. Perjalanan kami ke Miri, Sarawak memakan waktu
lebih kurang 9 jam. Kami melimpasi Bandar Sibu dan Bintulu. Kami berehat
sebentar di Bintulu selama lebih kurang 30 minit untuk makan malam. Lebih 5 jam
masa perjalanan Lubok Antu ke Bintulu. Kami makan malam di sebuah kedai makanan
laut. Agak ramai pengunjung dan pilihan makanan, namun telah sedia maklum
bahawa segalanya di Bintulu adalah mahal. Hidangan makan malam kami bertiga adalah
berjumlah RM49.00. Telan air liur je la. Hahaha.
Kami
meneruskan perjalanan ke Miri. Disebabkan aku pernah ke Miri, maka aku tidak
mahu menulis lanjut perjalanan ke Miri. Kami sampai di Miri lebih kurang jam
11:00pm @ 2300. Kami bermalam di pekan Bekenu (rumah sahabat Masri) Apek yang
merupakan tenaga pengajar di kawasan ini. Pertama kali kami sampai ke pekan
Bekenu dan ketika itu pada waktu malam. Jadi, malas rasanya untuk bergambar
sakan kerana terlalu letih di atas jalan raya. Agak menarik pekan ini dan kami
pun terus ke rumah Apek untuk berehat dan bermalam. Aku mempunyai sahabat
seperjuangan juga di SMK Bekenu namun tidak dapat bertemunya kerana si Taufik
(nama kawan aku) pulang ke Johor ketika itu. Tanpa mandi dan membersihkan diri
aku pun terlelap hingga ke pagi. J
Jumaat
pagi (28.10.2016)
Perancangan
awal bertolak Bekenu, Miri ke Kota Kinabalu adalah jam 8:00am namun disebabkan
oleh halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan, maka kami bertolak sedikit
lewat (tidur tidak sedar diri). Lebih kurang jam 930am, kami mulakan perjalanan
namun berhenti seketika untuk bersarapan di restoran mamak yang terdapat di
bandaraya Miri. Perjalan Bekenu ke bandaraya Miri lebih kurang 1 jam sahaja.
Jalan raya lurus dan baik menjadikan perjalanan ke bandaraya Miri begitu
sempurna.
Jam
menunjukkan lebih kurang pukul 1030am, kami pun memulakan perjalanan ke Kota
Kinabalu. Sasaran pertama kami ialah memasuki Negara Brunei Darussalam. Ini
adalah pengalaman pertama aku memasuki Brunei. Sebaik sahaja tiba di pos
imigresen, segala urusan keluar Malaysia (Sarawak) diuruskan dan memasuki
Brunei (tanah besar) dimulakan.
Seperti Negara-negara
lain, kami perlu mengisi Borang Masuk Kenderaan.
Kami
berhenti seketika di pos sempadan Brunei untuk melengkapkan dokumen-dokumen
yang diperlukan. Diingatkan kepada para pengembara supaya membawa bersama-sama
dokumen-dokumen tersebut jika membawa kenderaan memasuki negara-negara jiran;
1.
Geran kenderaan
2.
Insuran not / Surat insuran / cukai jalan sah
tempoh
3.
Passport antarabangsa pengembara
4.
Kad pengenalan
5.
Surat kebenaran membawa kenderaan (jika bukan
pemilik)
6.
Surat kebenaran Ketua Jabatan (Jika penjawat
awam)
Kesemua di
atas itu adalah cadangan untuk dibawa bersama jika berlaku apa-apa halangan dan
ia tidak semestinya perlu diutarakan kepada pihak imigresen/kastam Brunei.
Daripada
sudut pemerhatian aku, kelihatan suasana di pos sempadan Malaysia – Brunei ini,
tidaklah terlalu sibuk seperti di pos sempadan Malaysia (Johor) – Singapura.
Struktur bangunannya pun tidaklah kelihatan moden. Bagi aku ia biasa sahaja.
Cukup untuk menguruskan kenderaan / manusia yang keluar masuk Negara Brunei
ini.
Perjalanan
di bumi Brunei Darussalam
Sebaik sahaja memasuki Negara Brunei Darussalam ini, kelihatan begitu
tenang sekali. Mungkin disebabkan kepadatan penduduk di Negara ini adalah
rendah.
Satu-satunya
tol yang dilalui sepanjang pengembaraan ini. B$3.00.
Jika sesiapa yang ingin melimpasi Negara Brunei ini tidak menukar not
ringgit Malaysia kepada ringgit Brunei, jangan risau. Ini kerana, tol ini juga
menerima not ringgit Malaysia. Kita perlu membayar RM10.00 menggantikan B$3.00.
Mereka menerimanya. Sebab itu dalam pemerhatian aku, tiada pun ‘Money Changer’
di sekitar sempadan Sarawak – Brunei. Amat berbeza jika dibandingkan dengan
kawasan sekitar Johor Bahru (Malaysia) – Woodland (Singapura) yang mana
terdapat banyak syarikat dan kiosk-kiosk tukaran wang asing.
Jalan Raya / Lebuh Raya di
Brunei Darussalam
Secara umumnya, jalan raya di Negara Brunei ini adalah bagus. Lebuh
rayanya juga (yang kami lalui – perjalanan pergi) lebih kurang lebuh raya di
semenanjung Malaysia. Namun, jika
dinilai dari segi sistem dan kualiti, aku lebih memberi kemenangan terhadap
lebuh raya di Malaysia (PLUS). Bezanya
mungkin bayaran yang dikenakan oleh PLUS adalah tinggi.
Memandangkan waktu perjalanan ini adalah hari Jumaat dan telah masuk
waktu solat Jumaat, kami pun berhenti di salah satu perhentian (macam R&R
di Malaysia). Perut kami juga agak lapar dan tempat kami berhenti untuk solat
jamak qasar ada restoran makanan segera KFC dan ia merupakan berkongsi premis
dengan stesen minyak Shell. Cuma blok surau sahaja berbeza bangunan. Apa yang
menariknya, surau perhentian / surau di petrol pam mempunyai ruang solat yang
memadai serta dilengkapi PENGHAWA DINGIN!. Sejuk walaupun tengahari. J Selain itu, waktu
solat Jumaat, semua premis perniagaan termasuk pam minyak ditutup sehingga jam
1430 (2:30pm). Mana yang kurang minyak tu, perlu tunggu sehingga waktu itu
untuk memenuhkan tangki kereta masing-masing. Berkaitan dengan harga minyak,
memang agak murah di Brunei. Tidak sempat untuk mengambil gambarnya, seingat
aku harga seliter ialah B$0.54 bersamaan dengan RM1.65 (15 November 2016).
Waktu ini matawang Malaysia sangat rendah nilainya iaitu USD1.00 = RM 4.32 dan
B$1.00 = RM3.05.
Antara perkara menarik lain yang terdapat sepanjang perjalanan
melimpasi bumi Brunei ialah setiap ‘signboard’ papan tanda mesti mempunyai
tulisan jawi. Kedudukan tulisan jawi mesti di atas perkataan rumi @
perkataan-perkataan dalam bahasa lain. Banyak juga papan tanda
menyatakan/mempromosi “Berbanggalah menggunakan Bahasa Melayu” dan “Bahasa
Melayu Bahasa Rasmi Negara”. Ketegasan ini sangat menyeluruh (waktu solat
jumaat & papan tanda jawi) tidak kiralah kedai apa pun semua turut
mematuhinya. Daripada kedai-kedai kecil sehinggalah KFC, McDonald semuanya
ditulis dalam tulisan jawi di atasnya.
Limbang, Sarawak dari Pos Kuala Lurah, Brunei
Kami pun memasuki Limbang, Sarawak. Anggapan aku Limbang adalah
sebuah Bahagian yang biasa-biasa sahaja kerana ia berada di celah-celah Brunei.
Namun jangkaan itu meleset sama sekali. Limbang bagi aku lebih besar daripada
Bandar Bahagian Sri Aman. Semua kemudahan terdapat di sini. Apa yang
mengejutkan ialah Tomyam tersedap yang pernah aku rasa di Sarawak adalah di
sini. Memang puas hati hasil daripada ‘recommendation’ rakan yang tinggal di
sini. Pandangannya pun cantik kerana kedudukan kedainya berada di tepi sungai
Limbang. Musbee Café nama diberi, memang tempat lepak geng-geng semenanjung di
kedai ini kerana masakannya boleh tahan sedap.
Persisir
Sungai Limbang (Berhadapan dengan Restoran Musbee Café
Kami hanya berhenti makan sahaja di Limbang dan selepas itu, kami
terus sahaja meneruskan perjalanan. Gambar di bawah ini merupakan pos kawalan
memasuki Negara Brunei semula. Itulah gambaran pos kawalan imigresennya.
Pos
Kawalan Ujong Jalan, Temburong, Brunei (Limbang – Brunei)
Sempadan
Sarawak – Sabah
Keluar sahaja dari Brunei, dari Lawas, Sarawak kami meneruskan
perjalanan memasuki Sabah dan langsung ke Kota Kinabalu, Sabah (KK). Waktu dah
lewat dan perlu sampai ke KK sebelum tengah malam. Setelah sampai ke KK, kami
‘check-in’ hotel di kawasan Kampung Air. Tidak begitu bagus sarapannya kerana
menunya tidak begitu menarik dan masakan juga kurang enak. Keesokannya kami
merancang untuk ke hotel lain yang tiada berserta sarapan pagi.
Kami di Kota Kinabalu, Sabah
Keterujaan aku di KK ini tidaklah begitu tinggi. Mungkin kerana aku
telah mengembara ke bumi barat Sabah ini sebelum ini (November 2013). Ketika
itu aku telah mengembara sehingga ke Ranau (Poring, Kolam Air Panas yang mesti
anda kunjungi). Jadi mungkin aku hanya teruja untuk mengikuti trip jalan darat
Sarawak – Sabah sahaja.
Semasa di KK, kami telah melawati beberapa tempat tumpuan pelancong
juga lokasi-lokasi makanan laut yang istimewa. Itu lah sasaran kami. Antara
tempat-tempat yang sempat kami lawati antaranya Kundasang, Rumah Terbalik (lupa
nama tempat itu), kandang lembu dan beberapa tempat lain yang aku sertakan
momennya di bawah ini. Di Sabah ini, jika ingin memburu makanan laut, memang
banyak tempat yang menarik. Namun tidak semua masakannya sedap. Ada tempat juga
terlalu mahal dan bagi aku sangat tidak masuk akal. Namun kelihatan tempat itu
penuh dengan lautan manusia menikmati makanan laut segar. Bagi sesiapa yang
mempunyai wang yang melimpahruah boleh la cuba. Tapi kami hanya mampu singgah
dan cuci mata sahaja. Makanan yang sedap kami perolehi adalah di lokasi seperti
yang kami nyatakan di bawah ini. Sangat berbaloi dan mampu.
Kundasang, Sabah
(Ketika ini tersangat sejuk kerana
hujan renyai-renyai. Ambil wuduk macam pakai air batu!!!)
Kandang Lembu (susu segar, terdapat
juga sosej yang dijual dengan harga RM4.00++ secucuk besar)
Kebetulan ada pelancaran BORNEO
SAFARI, Malaysia berdekatan lokasi kami menginap.
Rumah terbalik – aku tidak masuk pun
kerana kurang berminat untuk masuk J
Rockers Sabah – ketika ini memang
sedang ‘hot’ panggung dengan filem ‘Rock Bro’ arahan Mamat Khalid.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu (KKIA) – ini adalah antara lapangan terbang tersibuk di Malaysia
selepas KLIA.
Lokasi makanan pada malam kedua.
Berada di kawasan Pasar Pilipin. Banyak tempat lain yang kami pergi, namun
lokasi inilah yang paling bagus dan rasanya boleh dikatakan sedap dan mampu.
100gm hanya RM3.00 (murah berbanding tempat lain 100gm cecah RM50.00++
Satu perkampungan di KK. Terdapat
pelbagai aktiviti air dijalankan di sini. Agak menarik namun waktu ini kami
pulang ke Sarawak. Lambat kami ketahui.
Terdapat satu tempat (restoran) yang aku lawati dan menikmati sarapan
pagi mempunyai kelainan dan keunikan yang tidak pernah aku temukan sepanjang
hidup aku. Apakah ia? Ia adalah sistem pengendalian pesanan kedai restoran itu.
Apa yang menariknya ialah restoran itu menggunakan sistem ‘queuing’ seperti
yang kita biasa jumpa di bank-bank, pejabat pos dan sebagainya. Sistem giliran
elektronik. Unik bukan? Bagi aku memang unik. Aku melihat kebanyakan perniagaan
sekarang ini adalah memang pelanggan yang menguruskan pesanan. Tiada lagi
layanan pembantu restoran. Mereka hanya perlu menyediakan makanan ke tempat
yang ditetapkan dan pelanggan sendiri yang akan mengambilnya lalu ke kaunter
untuk bayar.
Pulang ke Gagang.
Aku tidak akan menulis panjang
pejalanan pulang. Ia melalui jalan yang sama. Cuma pengalaman sahaja yang
sedikit berbeza. Kami merancang untuk melawati suasana bandar Bandar Seri
Begawan (BSB) dan melihat pemandangannya di waktu malam. Aku akan lampirkan
sedikit suasana di BSB sebelum kami keluar Brunei pada malam yang sama juga.
Sempadan Sabah – Sarawak.
Banyak masjid yang begitu cantik dan
indah di Negara Brunei Darussalam.
Ruang wuduk (automatik air keluar
apabila tangan dihulur).
Sungguh indah masjid ini. Kami
melaksanakan jamak qasar di sini sebelum terus pulang ke Sri Aman, Sarawak.
Sebelum menutup cerita berkaitan dengan pengembaraan ini, aku
bersahaja ingin berkongsikan dengan semua pembaca tentang beberapa perkara di
Negara Brunei Darussalam ini yang masih aku ingat semasa menulis artikel ini.
Antara keunikannya yang berbeza daripada suasana negara kita adalah dari sudut
kesibukan masyarakat negara itu, dari sudut automotif, dari sudut infrastruktur
bangunan dan beberapa sudut lain. Tempat kami solat di perhentian (tepi
lebuhraya) tiada kipas. Hanya ada ‘aircond’ yang berfungsi dengan baik. Syok
kan?. Hehe. Semasa tempoh solat Jumaat, semua aktiviti perniagaan tutup
termasuk petropam. Tunggu sehingga jam 1430 kalau hendak isi minyak petrol ya.
Soal tulisan jawi dan Bahasa Melayu, memang sangat diangkat serta dilaksanakan
dan dikuatkuasakan di mana-mana sahaja di bumi Brunei. Berkaitan dengan
pemilikan rumah dan kenderaan, aku rasa warga Brunei tidak mengalami masalah
itu. Kelihatan di tepi-tepi jalan Brunei tersergam indah rumah-rumah
(sebiji-sebiji) berserta kereta yang diparkir setiap rumah sekurang-kurangnya 3
buah kereta!!!. Kurang kelihatan rumah-rumah teres (macam taman-taman perumahan
di Malaysia) namun ianya ada. Kawasan rumah seperti itu adalah bantuan penuh
kerajaan untuk golongan muda Brunei. Mungkin harga kereta juga adalah rendah di
Brunei kerana kelihatan jenis-jenis kenderaan di jalan rayanya semuanya
kenderaan yang boleh dikira mahal-mahal di Malaysia. Tidak dinafikan terdapat
banyak cukai kerajaan Malaysia terhadap industri automotif. Tentang ‘mat
rempit’, tiada langsung kelihatan!!!. Hahaha. Aku tidak pernah sekali pun
kelihatan dua roda di jalan raya Brunei kecuali sekali sahaja. Itu pun
Ducati!!!. Tiada motocup. Namun tetap ada sekatan jalan raya. Pernah sekali
kami di tahan di sekatan jalan raya semasa ingin menuju ke BSB. Nombor plat
kereta yang kami naiki berpangkal hurub B iaitu sama dengan nombor plat di
Brunei. Namun setelah dijelaskan, maka mereka akur dan membenarkan perjalanan
kami ke BSB. Apa yang kurang menariknya negara itu adalah tidak ramai penduduk
(populasi di Brunei tidak sampai 500,000 orang). Jadi tidak kelihatan
bandar-bandar dan pecan-pekannya sibuk dan sesak. Mungkin disebabkan itu juga
kurangnya kegiatan perniagaan dan perdagangan dalam negeri. Apa-apapun, setiap
tempat pasti mempunyai keunikannya yang tersendiri. Aku tetap bangga menjadi
warganegara Malaysia. Alhamdulillah.
Tamat.