Ko Kurikulum

Assalammualaikum

SENAM ROBIK / AEROBIK / PANAS BADAN

Teringat ketika aku baharu ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 2, Johor Baharu pada tahun 2010. Ketika itu ada program senaman pagi yang mana aku ditugaskan untuk mengetuai acara senaman pagi a.k.a senam robik.

Pada mulanya memang aku pening memikirkan aku memang tidak pernah mengikuti apa-apa program senaman robik ini. Memang sukan utama yang aku minati adalah bola sepak, namun aku tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan senam robik. Dalam melaksanakan regangan memang boleh kerana setiap sukan memerlukan pemain untuk membuat regangan. 

Namun begitu, aku terima arahan itu sebagai cabaran. Dengan kecanggihan teknologi terkini, aku mula sesi pencarian muzik dan video asas senam robik di laman web Youtube. Berikut di bawah adalah video yang aku rujuk untuk panduan aku mengendalikan senam robik pada hari tersebut.


Aku telah gabungkan kedua-dua teknik dalam dua video di atas ini dengan satu muzik yang aku pilih dalam koleksi lagu-lagu disko / rnb atau rancak yang aku ada. Aku akan kongsikan lagi muzik yang aku pilih itu bersama-sama lagu 'chicken dance'. 

Pautan di bawah ini merupakan Lagu yang aku pilih dalam menjayakan senam robik ini:


Setelah selesai program di pagi itu, aku begitu puas dan lega kerana selesai sudah tugas aku dalam mengetuai sesi senam robik. Aku menjadi puas apabila kejadian dan kemahiran aku sebenarnya tiada, namun tiada yang mustahil jika kita terus mencuba menyelesaikan sesuatu dengan bijak menyerap tekanan. Sememangnya tugas seorang guru ini menjangkaui kesemua tugas jawatan-jawatan lain yang tidak disangka. cikgu la guru mengajar, jurulatih sukan, doktor, penceramah, ibu bapa dan segala jawatan sebenarnya. 

Apa yang lebih menarik adalah, ada seorang guru PJK sekolah itu yang berpengalaman mendekati aku lalu bertanya bahawa adakah aku mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam senam robik? aku menjawab bahawa aku belajar melalui youtube.com. Beliau terkejut kerana beliau melihat bahawa langkah-langkah yang aku tunjukkan itu merupakan teknik betul dan tempo yang betul dalam senam robik. 

Secara kesimpulannya, sesuatu benda baharu yang kita hadapi dan yang pasti kita tidak ada satu pengalaman dalam perkara baharu tersebut, maka hadapinya sebagai satu cabaran yang mudah. Ia sebenarnya sukar bagi orang yang menganggapnya sukar, ia menjadi mudah bila orang menganggapnya mudah. Ini kerana, segala benda boleh dipelajari melalui teknologi. Bukan berkata besar, bukan juga menunjuk pandai, tetapi memang sudah menjadi hakikat dunia berteknologi kini, tiada yang mustahil. Aku banyak mengganggap sesuatu cabaran yang baharu itu adalah pembelajaran yang baharu. Jika sesuatu seni seperti ini telah sebati dalam pemikiran pembaca atau sesiapa pun, aku yakin bahawa semua orang pun mampu menyerap tekanan dengan lebih terurus dan baik.

Aku akan kongsikan juga bagaimana aku melatih penjaga gol pasukan Bahagian Sri Aman, Sarawak bawah 15 tahun dengan teknik-teknik yang aku ambil daripada youtube.com. Ia sangat berguna dan berjaya melatih pemain ini dengan lebih cemerlang dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment