Cuti 5 hari bermula 19 Februari – 23 Februari 2015 membuatkan aku
memilih bandaraya Miri untuk dilawati. Ia antara impian sebelum aku dapat
kembali pulang bertugas di kampung halaman. Setelah setahun berada di Sarawak
ini, antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah Sibu, Kapit, Kuching,
Serian, Bau, Bintulu dan beberapa tempat-tempat kecil yang lain. Kali ini, kita
lancar ke utara Sarawak untuk menghirup udara Bandaraya Miri.
Cai dan Bujal di
hadapan Perhentian Bas Lubok Antu.
Bagi yang asing dengan pekan Lubok Antu (LA), di atas itu aku
tunjukkan gambaran ‘busstand’ LA. Kecil sahaja tetapi ia tetap sibuk sebagai
tempat tumpuan terutamanya bagi mereka yang hendak ke selatan dan utara Sarawak
atau pun ke Badau, Indonesia. Untuk ke Indonesia, tiada bas yang memberikan
perkhidmatan itu. Pengunjung atau penumpang yang ingin ke Indonesia hanya akan
turun di sini dari utara dan selatan Sarawak dan kemudiannya menaiki kenderaan
persendirian untuk masuk ke sempadan / perbatasan Malaysia Indonesia.
Berbalik kepada misi kita untuk ke bandaraya Miri, mari kita lihat bas
yang akan aku naiki. Kali ini orang yang akan menemani aku untuk menjelajah
Miri adalah Cai. Lihatlah en. Cai bergambar dengan bas Borneo Bas. Harga tiket?
Hanya RM70.00 sehala. Jadi pergi dan pulang Lubok Antu ke Miri, Miri ke Lubok
Antu adalah RM140.00. Bas yang akan kami naiki ini agak selesa dan tidaklah
berasa jauh perjalanan itu. Untuk pengetahuan semua, bas ini akan berhenti di setiap
perhentian bas daerah-daerah / bahagian-bahagian utama di Sarawak antara LA –
Miri. Antara perhentian bas yang aku ingat ia berhenti adalah perhentian bas
Sarikei, Sibu, RNR Selangau, Bintulu, RNR Batu Niah dan Miri. Begitu juga
perjalanan pulang.
Cai dan Borneo Bus
Perjalanan bas dari LA ke Miri adalah pada jam 900 pagi. Jangkaan
sampai ke destinasi adalah pada jam 2000 atau 2100 di malam hari. Lebih kurang
12 jam. Tetapi pemandangan di setiap perjalanan sangat menarik. Terdapat
kampung-kampung, rumah panjang, Bandar dan pekan-pekan dan sebagainya.
Kami bertolak tepat jam 900 pagi dan gambar di bawah ini adalah tempat
pertama bas yang kami naiki berhenti. Mereka akan membeli makanan minuman dan
juga membuang air. J
Pemandangan diambil
daripada jendela bas.
Saya tidak membeli apa-apa makanan kerana tidak meyakini tahap
halalnya. Jadi aku hanya turun untuk ke tandas sahaja.
Kami sampai di Sibu pada waktu tengah hari. Cuaca cerah dan perut pun
lapar. Kami pun turun berkeliaran mencari kedai makanan halal. Berpusing-pusing
lalu kembali semula ke kawasan perhentian bas. Terdapat di dalam kedai makanan
cina, terdapat 1 gerai makanan Islam. Jadi kami pun menjamu selera di situ.
Nasi ayam penyetnya sedap juga. Oleh kerana terlalu lapar, memang semuanya
sedap. 30 minit diberikan oleh pemandu bas untuk menjamu selera sebelum
meneruskan perjalanan pada kira-kira jam 1330pm.
Kami sampai di Miri kira-kira jam 2100 malam. Kami berhenti di tepi jalan
sahaja kerana kawan DPLI UTM aku dahulu mahu menjemput kami. Udara ketika itu
berkabus. Rasa kurang selesa dengan udara bandaraya Miri berbanding udara LA.
Lee pun membawa kami bersiar-siar dahulu di bandaraya Miri. Melihat
raut wajah Lee yang semakin berisi, maka aku pun menegur dia. Dengan wujudnya
kedai-kedai makanan yang pelbagai menyebabkan dia mengembang. Hehe
Mari kita lihat suasana bandaraya Miri dari lensa DSLR aku.
Sekitar suasana malam
bandaraya Miri
Sejurus kami pergi membeli sedikit barangan di 7-eleven, kami pun
mencari kedai-kedai makan untuk disinggahi. Berbunyi sudah perut tidak sabar
untuk merasa masakan orang Miri. Dengan kemeriahan yang menjelma dikala malam,
semakin meriah jadinya. Kami pun singgah di sebuah kedai makan. Banyak juga menu disediakan
namun aku memilih untuk memesan roti john miri di gerai jualan yang berada
dihadapan restoran tersebut.
Untuk tidak melepaskan peluang sementara Lee ada kenderaan bagi
membawa kami bersiar-siar di bandaraya Miri ini, aku pun cepat-cepat makan.
Setelah selesai, terus aku mempelawa Lee untuk beredar. Lee pun membawa kami ke
tempat-tempat yang boleh dilawati ketika waktu malam. Namun sebelum itu, kami dibawa ke tempat
penginapan dahulu. Eloklah kiranya aku dan cai mandi dahulu. Baharu segar
sikit. Pusing punyalah pusing semua hotel-hotel sekitarnya penuh. Tropical Inn
sahaja yang ada bilik kosong. Mahu tidak mahu, kami ‘check-in’ disini. Namun
begitu, bukan bangunan yang dipaparkan di atas itu kami diami, tetapi sebuah lagi
blok bangunan bersebelahan bangunan ini. Bedal jela asalkan kami ada tempat
untuk menginap. Jika tidak salah, semalam menginap di hotel ini adalah RM60.00.
Setelah mandi, lokasi pertama yang dibawa oleh Lee adalah ‘The Grand
Old Lady’. Lokasi ini adalah lokasi penerokaan minyak yang pertama di Malaysia.
Mengikut apa yang aku baca, planta minyak tempat ini telah dibina sebelum
Malaysia merdeka lagi. Sungguh banyak fakta dapat diperolehi daripada lawatan
ke tempat ini kerana banyak menceritakan tentang kisah industri dan pendapatan
utama Negara kita iaitu emas hitam.
Bandaraya Miri
daripada perspektif Bukit Kanada (Canada Hill)
‘The Grand Old Lady’
monumen
Mari kita cerita sedikit berkaitan dengan Bukit Kanada ini. Disunting
melalui ‘wikipedia’
“"The
Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang juga telaga
terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan
pelancong terkenal, ditubuhkan pada awal 1900-an kerana sumber minyaknya.
Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya
dipanggil Bukit Kanada (Canada Hill) (mengikut cerita orang tua, suatu ketika
dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana yang bekerja mencari
pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit
tersebut). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910.
Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga
ini ditutup pada tahun 1972, yang seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah
monumen kebangsaan.
Sebelum
itu, pernah wujud sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para
pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya Miri dengan berlatarkan Laut
China Selatan sebagai kaki langitnya (horizon). Menara itu dirobohkan untuk
memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains
Petroleum Miri
dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan
ini. Muzium ini juga mempunyai tarikan tersendirinya yang menawarkan pelbagai
jenis pameran berkaitan dengan industri minyak, sinonim dengan gelaran
bandaraya ini, Miri Oil Town (Bandar Minyak).”
Mari
lihat lensa DSLR aku persekitaran ‘The Grand Old Lady’
Berhadapan Muzium Petroleum. (Tidak dapat
masuk, malam tutup)
Membaca monumen sambil disuluh Lee. :P
Biar
orang hendak cakap apa, orang tolak aku tarik, pedulilah…hehe
Telaga
Tradisional
Sibuk
mentelaah ilmu yang tiada dalam buku teks sekolah. Lapangan-lapangan penggalian
minyak di seluruh Malaysia
“No
Caption”
Itu sahaja lawatan aku, cai dan lee di The Grand Old
Lady. Kami pun bergerak turun ke Bandar Miri untuk sambung meronda. Walaupun
keadaan menunjukkan titisan embun mencair daripada wap kepada cecair, tentu
terasa keletihan. Lee juga perlu pulang kerana isterinya tinggal seorang di
rumah ditengah-tengah suasana mala mini.
Aku dan cai pun meneruskan penerokaan suasana malam
di bandaraya Miri. Habis seluruh pelusuk pusat Bandar Miri aku redahi. Jom
lihat aksi-aksi yang jangan ditiru di bawah ini.
Nama
pun malam, pastinya sepi dan tiada kenderaan. Jadi, mari bergambar di
tengah-tengah jalan.
Mural
di tengah-tengah bandaraya Miri
Sambung
terapi telinga sebelum pulang merehatkan diri
Menikmati
cahaya-cahaya yang menyinari bandaraya Miri semasa perjalanan pulang ke hotel.
Kami pun mandi dan berehat sementara menunggu hari
esok untuk pulang semula ke Lubok Antu. Jauh di lubok hati aku, aku berasa puas
kerana telah sampai di bandaraya yang jauhnya mengambil masa lebih 12 jam
perjalanan.
Hari kedua kami di bandaraya Miri ini, pastinya
terus check out dan bersiar-siar mencari lokasi sarapan yang baik. Pada hari
ini, kami tiada pengiring atau pemandu pelancong tempatan. Tiada kawan-kawan
aku yang tinggal di Miri dapat menemani kami bersiar-siar atas masalah-masalah
tertentu. Kami yang tiada kenderaan semestinya sedikit terbantut. Aku ingin
menjejakkan kaki ke Gua Niah yang semestinya tempat mesti dilawati jika
melancong ke Miri. Namun atas faktor ‘transport’ kami pun ronda-ronda kawasan
sekitar sahaja.
Sekitar
kawasan inilah (parkson) tempat kami berpusing-pusing seharian sementara menunggu
waktu pulang.
Atas
nasihat warga tempatan, inilah tempat aku dan cai bersarapan. Rasanya boleh
tahan lah. Asalkan kenyang je. J
Nikmatnya
dan tenangnya ‘kena’ teh tarik ketika kepala runsing dengan kehilangan telefon
bimbit. Nasib baik berdua, dapat pinjam untuk membuat panggilan-panggilan penting.
Dalam
kesempatan dan masa yang mengizinkan, kami pun layan Fast & Furious 7. Bagi
aku kisah dalam f&f7 kali ini kurang menyengat.
Tiada
yang menarik, jalan-jalan mengelilingi Bandar sekitar. Terdapat sebuah
Volkwagen di bumbung premis jualan kereta. Sesuatu yang unik.
Tidak
berapa jelas bangunan di atas. Ini adalah Hypermarket Boulevard. Banyak
kedai-kedai ‘gadget’ dalam premis ini.
Tibalah
waktu pulang. (Pusat Bandar Miri – Stesen Bas Express) menaiki teksi adalah RM 14.00.
Suasana di stesen bas express Miri. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang
20 minit sahaja.
Mari
cari tiket. Kami memilih syarikat yang sama kami pergi ke Miri (Borneo Bas)
RM70.00 harga tiket daripada Miri – Lubok Antu.
sementara menunggu
waktu perjalanan pulang, ronda-ronda dahulu sekitar stesen bas. Terdapat pasar
tamu juga di sekitar sini beserta gerai-gerai minuman.
Dalam perjalanan pulang, kami tidur sahaja kecuali berhenti rehat dan
buang air. Ini kerana kami pulang pada waktu malam dan kami sampai di Lubok
Antu sekitar jam 810 pagi. Itu sahaja dapat aku kongsikan dengan engkorang
semua. Kita sambung pada pengembaraan yang berikutnya nanti. Assalammualaikum. J
2 comments:
oiii xde btton follow ke.....haha
xde eh...macam dh ada dlu..nanti cek semula ek..hehehe
Post a Comment